ROMBAKAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seperti yang dicadangkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ada asasnya untuk memastikan bola sepak negara lebih ke hadapan.
Bagaimanapun, bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Sebaliknya, ia hanya perlu melibatkan beberapa jawatan berkaitan dengan prestasi pasukan kebangsaan seperti pengarah teknikal dan beberapa jawatan lain yang kurang memberikan impak.
Malah, beliau juga percaya sistem dalam membentuk kesemua pasukan kebangsaan bermula daripada skuad muda perlu diberikan nafas baharu.
“Rombakan keseluruhan FAM itu bagi saya tidak terlalu tepat kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah.
“Rombakan itu mungkin hanya melibatkan beberapa jawatan seperti bahagian teknikal dan pengurusan skuad, bukan sahaja pasukan senior tetapi juga meliputi semua pasukan kebangsaan.
“Mungkin mereka yang ada dalam jawatankuasa tersebut sudah melakukan yang terbaik tetapi ia tidak cukup dan perlu ada perubahan agar idea untuk pasukan kebangsaan lebih segar. Kita perlukan pakar untuk sistem bola sepak kita,” katanya kepada Sukan Sinar.
Sebelum ini FAM dikritik selepas skuad Harimau Muda pulang awal tanpa sebarang mata dalam kempen Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Qatar.
Beberapa pihak tampil memberikan cadangan agar FAM dirombak termasuk Khairy Jamaluddin yang percaya ini waktu sesuai untuk FAM melakukan peralihan pucuk pimpinan.
Ridzuan berkata, kegagalan skuad B-23 negara di Qatar itu juga menunjukkan kegagalan sistem dan perancangan yang telah diatur sejak lima tahun lalu melibatkan kualiti pemain di peringkat akar umbi.
“Kualiti pemain pada hari ini adalah berdasarkan apa yang dibuat lima tahun lepas. Kalau kita bawa jurulatih terbaik pun susah nak bawa pasukan dengan kualiti yang kita ada hari ini.
“FAM perlu ada sistem yang baharu untuk tempoh lima tahun akan datang. Perancangan perlu dibentuk kerana skuad B-23 ketika ini boleh dikatakan gagal.
“Sudah tiba masanya melakukan perubahan bagi memastikan sistem baharu ini berjaya untuk skuad negara,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 30 2024
FAM berdepan kritikan selepas kegagalan skuad B-23 di Piala Asia. - Facebook FAM
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Melaka akan lakukan rombakan besar-besaran agensi negeri - Ab Rauf
Rombakan dilakukan ekoran beberapa faktor antaranya budaya kerja lama seperti kerja bertangguh, tidak teliti serta kekurangan rasa termilik.
Lima JBPM negeri terima Pengarah baharu mulai esok
Lima buah negeri akan menerima Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang baharu, mulai esok.
PM Jepun rombak Kabinet
Rombakan itu adalah yang kedua dalam tempoh hanya 10 bulan sejak Kishida memegang jawatan.
Rombakan barisan kejurulatihan perlu dalam BAM - Ewe Hock
Ong Ewe Hock secara terbuka telah memberikan pandangan beliau mengenai apa yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan prestasi pemain perseorangan negara.
PDRM umum tujuh pertukaran pegawai kanan
Wan Rukman dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Saya serah kepada kebijaksanaan Ahli Parlimen - PM
Beliau turut mengulangi, keabsahan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri hanya akan dibuat pada September, selepas mendapat perkenan dan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Hazani Pengarah KDNKA Bukit Aman baharu berkuat kuasa 6 Sept
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 Sept.
Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas PDRM
Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti berkuat kuasa 1 Julai.